Wednesday, 7 November 2012

hidup ini penuh dengan drama



Apa rasa bila orang yang kau pernah sayang sebanyak banyak nya, tapi sakitkan kau lebih dari segalanya, ada balik dalam hidup kau ? "

" Entah, kalau aku kata aku tak happy, aku tipu."

" Aku tahu, kalau kau kata kau tak rasa happy, kau tipu."

Sometimes, some people in the past might just jump into your life back again. Some people thought it's a bad thing, and some might said it's the best thing that ever happened. Cuma bezanya dulu dengan sekarang, apa yang dulu ialah 'bersama' dan apa yang sekarang ialah '.......' mungkin aku hanya nak guna terms 'yang memahami.'

Mesti kau pernah rasa, yang tak semua orang boleh faham kau sehebat mana dia faham kau. Tak semua orang dapat tahu apa yang kau rasa dari raut wajah kau, or even, dari suara kau by just on the phone. Bila dia tinggalkan kau, segalanya berubah. Ada masa kau rasa tak tentu arah, sebab dia lah satu satunya yang kau rasa cukup bagi diri kau, yang faham segala suka, duka, tawa dan manja diri kau. Tapi, apa jadi bila dia wujudkan diri dia balik dalam hidup kau ?

Orang kata,
" You left without a reason, so don't come back with an excuse."

Ada masa, orang salah faham. Apa yang dikata orang lama datang balik, tidak semestinya kita bawa perasaan lama tu sekali. Mungkin perasaan lama itu dah pudar, atau ada, cuma kau dah belajar untuk kaburkan mata kau dengan semua itu sebab kau dah ada kehidupan yang baru.

Bila muncul, bukan nak kata benci. Bukan nak kata sayang. 

*exhale deeply*

Kadang kadang, just to think on the good side. It's nice to have someone who understands you more than anyone else back in your life. Aku tak pernah paksa perasan aku yang dulu aku agungkan itu, ikut aku sekali. Sebab aku masih rasa bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. It's just that, entah. Mungkin sebab dulu dia lah satu satunya manusia yang boleh buat aku selesa. Dan aku tetap rasa selesa sampai sekarang. Bila dua tahun lenyap dari pandangan, terseksa dalam ingatan. I even moved on with someone else. 

Entah. How do i put these things together by heart..

Kalau kata tak suka, benci, itu aku tipu. Mungkin disebabkan aku selalu terlalu jujur dengan certain manusia, yang boleh aku kata apa apa, membuatkan aku rasa slightly happy bila dia wujud semula. Bukan sebagai orang yang aku mahu bercinta. Mungkin hanya sebagai seorang yang aku tahu bila aku susah dia ada, bila aku nak cakap apa apa, dia ada. Itu tak bermakna perasaan 'sayang habis habisan' yang dulu bangkit kembali. Tak.

Aku cuba tolak ketepi setiap apa kesakitan yang aku pernah lalui. Apa yang aku simpan cuma benda benda yang baik, sebab itu je yang aku nak. I said,

" I've lost you once, and I can't lose you again. "

Apa yang aku maksudkan, ada dengan aku bukan sebab aku cinta macam nak mati. Ada dengan aku, sebab aku tahu kau faham aku, dan aku faham kau. Bila masa susah dan senang dulu kata kata aku dan kau banyak main peranan. Ada masa, aku masih perlukan itu semua. Setiap manusia di masa silam kita, membentuk peribadi kita juga somehow. Aku nak cuba fikir sematang yang boleh. Sebab aku tak nak jadi some kind of immature prick yang tak mampu tolak ketepi apa buruk yang aku pernah rasa.

I've grown up, didn't i ? *cynical smile*

Untuk setiap nasihat, dan adanya kau di sisi, aku akan anggap satu satu kesakitan yang kau pernah beri terhapus dengan pertolongan kau.

Percayalah, aku sudah berpaling.
Apa yang aku simpan antara kita hanya sokongan bersama, sebagai seseorang yang memahami.

0 comments: