Wednesday, 7 November 2012

Untuk pemilik rusuk kiri di masa hadapan yang sah,



1. Aku cuba, untuk beri engkau kebahagiaan dan kasih sayang yang aku mampu.
2. Aku cuba, untuk menerima segala baik yang kau beri & hadam setiap kelakuan kau yang mengguris hati. 
3. Aku cuba, untuk sentiasa sabar walau susah macam mana pun hari yang mendatang untuk kita.
4. Aku cuba, untuk masak lauk lauk kegemaran engkau setiap hari. Bagi perut kau senang hati.
5. Aku cuba, dan aku pasti manja aku hanya kepunyaan engkau seorang sahaja.
6. Aku cuba, dan aku masih pasti untuk jaga zuriat kita macam mana aku cuba jaga kamu, malah lebih.
7. Aku cuba, untuk beri engkau gelak tawa bila engkau bermasam muka.
8. Aku cuba, untuk sentiasa berada di sisi engkau meskipun masa itu semuanya duka.
9. Aku cuba, untuk sokong segala yang baik untuk engkau. Dan beri nasihat yang terbaik yang aku mampu.
10. Aku cuba, untuk tidak kurang ajar. Untuk tidak melawan kata. Dan untuk tidak berkeras kepala.
11. Aku cuba, untuk menjadi yang terbaik untuk engkau jika memang ia kau untuk aku seorang.
12. Aku cuba, dan aku akan terus mencuba.
13. Aku cuba, untuk menjadi yang terakhir untuk engkau & engkaulah yang terakhir untuk aku.
14. Aku cuba, untuk menghargai segala yang engkau beri untuk aku meskipun yang remeh.
15. Aku cuba, untuk jaga setiap insan yang engkau sayang.
16. Aku cuba, dan aku pasti yang segala kebahagiaan yang aku rasa engkau akan turut rasa. Dan segala beban yang aku pikul, kita pikul bersama.
17. Aku cuba, untuk ada setiap kali engkau pulang dari mencari rezeki.
18. Aku cuba, untuk beri kau segalanya.
19. Aku cuba, untuk patuh kepada nasihat dan bimbingan yang masuk akal.
20. Aku cuba, untuk menjadi seorang yang kau tak pernah akan mampu gantikan tempatnya.

" Beyond imagination."

0 comments: